Thursday, April 8, 2010

FILEM "SEREEM" - sebuah Filem Komedi


Skrip Filem Ketiga

Tajuk Filem: SEREEM
Terbitan & Arahan: Bob Singah
Cerita asal: Saiful Apek , Adza Irdawati & Martias Ali
Skrip oleh: Adza Irdawati & Martias Ali
Pelakon: Bob Singah, airis yasmeen dll

SEREEM merupakan skrip filem ketiga oleh saya dan suami saya Martias Ali pada tahun 2004. Filem ini adalah idea asal dari Saiful Apek Adza Irdawati dan Martias Ali. Filem ini telah membuat penggambaran pada tahun 2008 dan selesai sepenuhnya pada tahun 2009. Filem ini sepatutnya telah ditayangkan di semua pawagam pada akhir tahun 2009, namun malangnya ada sedikit masalah melibatkan produksi maka filem ini tidak dapat menemui penonton sehingga sekarang...

SINOPSIS SEREEM

Kisah bermula di sebuah kawasan perkuburan di mana seorang budak sedang membaca novel berjudul Serrem sewaktu ayahnya sedang membaiki kereta. Tiba-tiba 3 sahabat baik ( Poy, Sen dan Hinggit) dalam perjalanan tergesa-gesa untuk pulang kerumah melintasi kereta mereka.

Poy memandu kereta. Hinggit mahu segera pulang kerana teman wanitanya sedang menunggunya, manakala Sen mahu pulang segera kerana ibunya telah memesan beberapa biji telor ayam untuk membuat makan malam.

Dalam tergergesa-gesa mereka telah terlanggar seorang gadis remaja (Rina) yang baru sahaja melarikan diri dari rumah. Akibat dari kejadian tersebut, kereta mereka telah terhumban ke dalam gaung.

Apabila mereka mendaki semula gaung tersebut, mereka mendapati budak yang mereka langgar itu telah tiada. Kerana bersimpati dengan nasib yang telah menimpa gadis remaja tersebut akhirnya mereka mengambil keputusan untuk ke hospital untuk mencarigadis tersebut dan untuk memastikan gadis itu selamat.

Sesampai di kaunter pertanyaan mereka telah berjaya mengesan di mana gadis itu di rawat. Mereka akhirnya mendapati bahawa gadis tersebut berada di dalam koma dan doctor tidak boleh berbuat apa-apa.

Mereka juaga merasa seperti ada seseorang (Vampoyo) sedang mengekori mereka. Pada sangkaan mereka orang tersebut adalah penyiasat yang mahu menangkap mereka. Mereka sering mengelak dari bertemu dengan orang tersebut.

Oleh kerana mereka mendapati bahawa gadis tersebut masih lagi tidak sedarkan diri dan rupa parasnya masih berbalut, mereka mengambil keputusan untuk menunggu sehingga gadis remaja itu sedar untuk mereka meminta maaf. Namun mereka telah di temukan dengan seorang gadis remaja yang lain.

Gadis itu mengenalkan dirinya sebagai Rina dan sedang melepak di luar hospital. Mereka juga mendapati bahawa Rina mahu melarikan diri dari rumah dengan membawa sebuah bag pakaian. Rina merupakan seorang gadis bermasalah dan amat degil.

Vampoyo yang pada mulanya mereka sangka seorang penyiasat sedang giat memujuk Rina untuk “tidak kembali” ke pangkuan keluarga. Ketiga-tiga sahabat cuba sedaya upaya memujuk Rina namun Vempoyo sering menjadi penghalang.

Vempoyo telah menyembunyikan Rina dan menyebabkan ketiga-tiga sahabat ini berusaha mencari Rina. Akhirnya mereka menyedari bahawa Vempoyo merupakan hantu. Mereka mulai merasa kecut dan menggunakan segala kepakaran yang mereka mampu bagi melawan Vempoyo.

Dalam pada masa yang sama juga, Hinggit merasa amat kecewa apabila mendapati teman wanitanya tidak mahu menjawap setiap panggilan telefonnya. Sen pula merasa tertekan kerana 10 biji telor yang di kirim oleh ibunya menjadi semakin kurang kerana sering pecah.

Poy yang pada mulanya menganggap gadis remaja tersebut degil dan brutal tiba-tiba telah jatuh hati pada pada Rina. Namun dalam diam Sen juga telah jatuh hati pada Rina.

Setelah pelbagai usaha dilakukan akhirnya Rina mengambil keputusan untuk kembali semula ke pangkuan keluarga. Namun semua menjadi hairan kerana Rina telah pergi ke wad di mana gadis remaja yang koma itu berada. Rina terus barig dan masuk ke dalam tubuh gadis tersebut. Barulah mereja sedar bahawa Rina yang mereka kenal adalah roh kepada gadis yang mereka langgar itu.

Segala kekusautan tidak berhenti di situ bila mana mereka terlihat tiga mayat yang menyerupai diri mereka sedang di tolak ke bilik mayat. Akhirnya Vempoyo memberitahu bahawa mereka semua telah mati dan Vempoyo di tugaskan untuk membawa mendaftarkan orang-orang mati.

Kerana tidak mahu mempercayai yang mereka telah mati, mereka lantas melarikan diri.

Kembali semula ke budak yang sedang membaca novel tersebut yang tiba-tiba menjerit apabila 3 pemuda mengetuk cermin kereta meminta tolong kerana kereta mereka rosak.

No comments: