Wednesday, April 7, 2010

DRAMA "KERANA RAMLI"



SKRIP Keempat

Tajuk Skrip: KERANA RAMLI
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
Lakonan: Dato Ahmad Jais, Dato Aziz Satar, Hamid Gurkha dll

Hampir 55 buah drama termasuk drama bersiri dan beberapa buah Filem telah saya tulis dan co write bersama suami dan team penulis saya... Drama berjudul "KERANA RAMLI" merupakan drama keempat yang saya tulis pada awal tahun 1997

Mengisakan Ramli seorang jutawan dan usahawan berjaya . Namun hidupnya tidak bahagia kerana ketiga tiga anaknya hanya mementingkan kekayaan. Ramli nekad lalu melarikan diri dari keluarganya yang materialistik dan memasukkan dirinya kesebuah rumah kebajikan orang orang tua. Di sana dia berkawan rapat dengan Ajis dan Jaafar.

Persahabatan mereka semakin lama semakin rapat. Ajis dan Jaafar menceritakan bagaimana mereka telah diabaikan oleh keluarga sehingga menyebabkan mereka ditempatkan disitu.

Akhirnya anak anak Ramli bejaya menemuinya. Sangkaan Ramli meleset apabila dia menyangkakan bahawa anak anaknya merindui akan ketiadaannya walhal anak anaknya sebenarnya mencarinya supaya dia menyerahkan harta hartanya dan setuju sekiranya ayah mereka terus tinggal disitu jika itu yang dia mahukan. Ramli terus diserang sakit jantung..

Akhirnya kematian Ramli mengejutkan semua orang apabila semua hartanya diserahkan kepada Ajis dan Jaafar dan mewasiatkan mereka menjaga perniagaannya itu.

Kerana Ramli telah mengubah hidup mereka.. Ajis dan Jaafar juga nekad mahu mengubah hidup waris teman mereka itu dengan mengajar anak anak teman mereka itu supaya insaf dengan taksuban mereka terhadap wang dan lebih menghargai kasih sayang.. Akhirnya anak anak Ramli sedar akan kesalahan mereka itu.. Ajis dan Jaafar yang menyangka tanggungjawap mereka untuk menyedarkan anak anak Ramli selesai dan menyerahkan kembali semua wang kepada anak anak Ramli. Namun anak anak Ramli mahu mereka meneruskan apa yang mereka lakukan dan mengambil mereka sebagai ayah angkat..

No comments: