Wednesday, April 7, 2010

Sebuah Drama Science Fiction "KRONIK"


SKRIP ketiga

Tajuk Drama: KRONIK
Skrip oleh: Adza Irdawati Adenan
Genre: Science fiction

Hampir 55 buah drama termasuk drama bersiri dan beberapa buah Filem telah saya tulis dan co write bersama suami dan team penulis saya... Drama berjudul "KRONIK" merupakan drama ketiga yang saya tulis dan drama ini bergenrekan science fiction (1996)

Kronik mengisahkan Alif, seorang kanak kanak tahun 6 yang jatuh hati pada gurunya tanpa pengetahuan sesiapa. Di satu perkhemahan sekolah di satu kawassan hutan terjatuh satu meteor dan Alif telah menemuinya. Akhirnya Alif sedar bahawa meteor itu mempunyai kuasa luar biasa yang membolehkannya bertukar menjadi dewasa setiap kali meteor itu dimasukkan kedalam air. Alif mengambil kesempatan itu menjadi dewasa untuk memiliki cinta cikgu Aliah.. Cinta akhirnya bersemi antara Alif dan Aliah namun Aliff sedih melihat ibubapanya yyang menyangkakan dia telah diculik . Alif akhirnya mengambil keputusan utk menjadi kanak kanak semula dan melupakan cintanya terhadap Aliah .Aliff kemudian mencampakkan meteor itu di tebing sungai.

Aliff ke kelas seperti biassa dan sedih apabila mendapat Cikgu Aliah tidak lagi mengajar di kelasnya kerana telah berhenti kerja. Namun dia terkejut apabila menerima teman sekelas baru yang bernama Aliah.. Akhirnya Aliff mengetahui bahawa Aliah sebenarnya adalah Cikgu Aliah yang tahu akan rahsia Aliff dan meteor itu dan telah mengambil meteor yang dibuang leh Aliff dan menukarkan dirinya kepada seorang kanak kanak utk bersama sama Alif...

No comments: