Thursday, April 8, 2010

TELEMOVIE "MASA TAMBAHAN"



Drama berjudul "MASA TAMBAHAN" merupakan drama kelima yang saya tulis pada awal tahun 1997 dan telah keudara pada pertengahan tahun itu.

Cikgu Jefry { 40 tahun } bekas seorang pemain bola sepak kebangsaan merasa terkilan apabila bakat bola sepak yang ada padanya tidak mungkin dapat diwarisi oleh anaknya . Ia mempunyai seorang anak perempuan, Jana{9 thn}Jana merupakan satu satunya anak tunggalnya setelah ia kehilangan isteri akibat kemalangan jalan raya. Namun segala galanya berubah apabila Jefry melatih Azim { 10 thn} di dalam pasukan bola sepak sekolahnya. Semenjak melatih Azim. Jana sering kesunyian dan tidak diperdulikan oleh Jefry. Jefry lebih mementingkan Azim daripada Jana.

Hanya Cikgu Hayati merupakan tempat Jana mengadu. Walaupun Cikgu Hayati puas menasihati Jefry , namun tidak dihiraukannya. Jana semakin rasa tersisih apabila Jefry membeli kasut bola kepada Azim sedangkan kasut Jana sendiri yang terkoyak belum diganti baru oleh Jefry. Pada suatu hari. Azim telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Dan menyebabkan kakinya patah. Kejadian tersebut telah menemukan Jefry dengan Juliana { 33 thn} ibu kepada Azim dan juga seorang janda.

Jana semakin cemburu melihat perhubungan Jefry dengan Azim dan ditambah pula dengan kehadiran ibu Azim. Jana menaruh dendam pada Azim.Sewaktu Azim kembali semula ke sekolah, Jana telah membentes kaki Azim dan menyebabkan Azim tersungkur. Jana terus dimarahi oleh Jefry kerana kejadian tersebut. Dendam Jana kepada Azim semakin bertambah . Pada satu malam , Jana telah membuka bungkusan hadiah yang dibelikan oleh Jefry sempena harijadi Azim. Jana telah menggunting jersi yang akan diberikan kepada Azim hingga koyak rabak. Akibat dari kejadian itu. Jefry naik berang lalu menghukum Jana.

Pada suatu hari Jefry pergi ke stadium bersama Azim dan Juliana untuk menyaksikan satu perlawanan bola sepak. Jana pulak ditinggalkan di rumah Cikgu Hayati. Di sini Jana merasakan ia sudah kehilangan ayahnya . Jana mengambil keputusan untuk pergi ke stadium sendirian mencari ayahnya kerana itulah satu satunya tempat yang sering dibawa oleh ayahnya suatu ketika dulu.

Jefry menyalahkan Cikgu Hayati atas kehilangan Jana. Akibat kejadian ituJefry mulai menyedari kesilapannya kerana tidak mengambil berat tentang Jana. Jana akhirnya ditemui oleh pegawai stadium apabila ia sedang tidur di atas kerusi. Dan menghubungi pihak polis. Jefry menyesali pembuatannya dan berjanji kepada Jana di dalam stadium yang ia akan membetulkan semula kesilapannya.


No comments: