Monday, December 31, 2012

DRAMA PUTERI SALAMIA




Skrip ke 62


Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA

Durasi : 5 episod x 1 jam

PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 

PRODUSER: Zay Basaliei  Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. 

Drama ini berkisar seorang Puteri bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria Qalif, Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorangdiri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.  Drama ini telah ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang.

No comments: